Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Hadir Mesyuarat Pasca Kabinet Bilangan 23 2024 Bersama Pengurusan Tertinggi Kdn

Published: 19 Jul 2024 12.34 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 19 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Pasca Kabinet Bilangan 23 Tahun 2024 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Perkasa, Kompleks Setia Perkasa, Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-mesyuarat-pasca-kabinet-bilangan-23-2024-bersama-pengurusan-tertinggi-kdn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:26 MYT
Putrajaya, 19 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Pasca Kabinet Bilangan 23 Tahun 2024 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Perkasa, Kompleks Setia Perkasa, Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, petang tadi.

Mesyuarat telah dipengerusikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dengan dihadiri barisan kepimpinan tertinggi KDN dan agensi-agensi di bawahnya.
Butiran perbincangan dalam mesyuarat tersebut melibatkan hal-hal keselamatan dan ketenteraman awam, selain isu-isu semasa berkaitan KDN.

Turut hadir, Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Ketua Pengarah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia, CP Dato’ Sri Hazani Ghazali, Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman serta Timbalan KSU (Dasar dan Kawalan) KDN, Datuk Mohd Zamri Mat Zain.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

May be an image of 5 people, newsroom and text

May be an image of 15 people, people studying, newsroom and text

May be an image of 1 person and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 7 people, newsroom and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 2 people and text




ArticlePublished 19 Jul 2024 12.34 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM