
Artikel
Kpn Hadir Mesyuarat Pasca Kabinet Bilangan 21 2024 Bersama Pengurusan Tertinggi Kdn
Putrajaya, 5 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Pasca Kabinet Bilangan 21 Tahun 2024 yang berlangsung di B...
Putrajaya, 5 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Pasca Kabinet Bilangan 21 Tahun 2024 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Perkasa, Kompleks Setia Perkasa, Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, petang tadi.
Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail itu dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi KDN dan agensi di bawahnya.
Antara intipati yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah melibatkan keselamatan dan ketenteraman awam selain beliau turut memaklumkan status semasa isu-isu berkaitan KDN.
Turut hadir, Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Timbalan KSU (Dasar dan Kawalan) KDN, Datuk Mohd Zamri Mat Zain serta Ketua Pengarah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia, CP Dato’ Sri Hazani Ghazali.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini dan Konstabel Muhammad Azri Sabri