
Putrajaya, 24 Januari 2020 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador hadir ke Mesyuarat Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) Bilangan 1/2020 di Bilik Mesyuarat Perkasa, Kompleks D, Putrajaya, petang tadi.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato' Jamil Rakon itu antaranya membincangkan isu menangani aktiviti pemerdagangan dan penyeludupan manusia di Malaysia.
Mesyuarat turut dihadiri oleh para pegawai KDN dan Polis Diraja Malaysia.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)