Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Hadir Mesyuarat Khas Ketua Setiausaha Kementerian Dan Ketua Perkhidmatan

Published: 23 Aug 2024 1.40 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Putrajaya, 23 Ogos 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Mesyuarat Khas Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan di Dewan Persidangan, Bangunan Perdana Putra, di sini, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-mesyuarat-khas-ketua-setiausaha-kementerian-dan-ketua-perkhidmatan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:37 MYT
Putrajaya, 23 Ogos 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Mesyuarat Khas Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan di Dewan Persidangan, Bangunan Perdana Putra, di sini, petang tadi.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Dato' Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Antara isu yang dibincangkan adalah mengenai isu-isu semasa setiap kementerian dan perkhidmatan selain beramah mesra bersama KSN yang baharu.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz, Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohammad Ab. Rahman, Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dan barisan Ketua Setiausaha Kementerian bersama timbalan masing-masing.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini

May be an image of 5 people, newsroom, dais and text

May be an image of 12 people and text

May be an image of 10 people and crowd

May be an image of 6 people and text

May be an image of 3 people, dais and text
ArticlePublished 23 Aug 2024 1.40 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM