
Artikel
Kpn Hadir Mesyuarat Khas Ketua Setiausaha Kementerian Dan Ketua Perkhidmatan
Putrajaya, 23 Ogos 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Mesyuarat Khas Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan di...
Putrajaya, 23 Ogos 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Mesyuarat Khas Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan di Dewan Persidangan, Bangunan Perdana Putra, di sini, petang tadi.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Dato' Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz, Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohammad Ab. Rahman, Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dan barisan Ketua Setiausaha Kementerian bersama timbalan masing-masing.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini