
Artikel
Kpn Hadir Mesyuarat Jtppps Bilangan 1 Tahun 2025
Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tinggi Pengurusan Pelarian dan Pemohon Suaka (JTPPPS) Bilan...
Putrajaya, 7 Julai 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tinggi Pengurusan Pelarian dan Pemohon Suaka (JTPPPS) Bilangan 1 Tahun 2025 yang diadakan di Bangunan Perdana Putra, di sini, pagi tadi.
Mesyuarat yang bermula sekitar jam 11.00 pagi tadi telah dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Beberapa agenda dibincangkan dalam mesyuarat yang diadakan termasuk isu keselamatan, kebajikan serta hak asasi pelarian
.
.
Turut hadir, barisan Menteri Kabinet, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Muhammad Hafizuddeain Jantan, Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Datuk Mohamad Zainal Hj. Abdullah dan barisan Ahli Jawatankuasa JTPPPS.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.






