
Artikel
Kpn Hadir Mesyuarat Jpksn Bilangan 1 Tahun 2025
Putrajaya, 25 April 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Pemantapan Kawalan Sempadan Negara (...
Putrajaya, 25 April 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Pemantapan Kawalan Sempadan Negara (JPKSN) Bilangan 1 Tahun 2025 yang diadakan di Kompleks Setia Perkasa, Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dimulakan dengan pengesahan minit mensyuarat lepas disusuli dengan sesi pembentangan kertas pertimbangan, pemakluman serta pelaporan situasi keselamatan sempadan negara daripada wakil agensi dan jabatan di bawah KDN.
Turut hadir, Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Awang Alik Jeman, barisan Timbalan KSU KDN, barisan ketua pengarah agensi di bawah KDN, Timbalan Pengarah Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, DCP Dato' Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi, Komander Eastern Sabah Security Command Sabah , DCP Datuk Victor Sanjos dan Komander Pasukan Gerakan Udara, DCP Dato' Noor Sham Md Jani.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Muhammad Syafiq Abu Bakar



