Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Hadir Mesyuarat Jpk Kepengerusian Asean Malaysia 2025 Bilangan 4 Tahun 2024

Diterbitkan: 16 Oct 2024 8.10 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 16 Oktober 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan (JPK) Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 Bilangan 4 Tahun 2024 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Parlimen, di sini, tengah hari tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-mesyuarat-jpk-kepengerusian-asean-malaysia-2025-bilangan-4-tahun-2024
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:16 MYT

Kuala Lumpur, 16 Oktober 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan (JPK) Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 Bilangan 4 Tahun 2024 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Parlimen, di sini, tengah hari tadi.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim itu bagi meneliti persiapan rapi Malaysia dari pelbagai aspek sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dan tuan rumah sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025.

Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada beberapa mesyuarat utama ASEAN yang melibatkan beberapa negara luar seperti Amerika Syarikat, China, Korea Selatan, Jepun, Eropah, India, Australia dan New Zealand yang dijangka berlangsung pada akhir tahun ini dan sepanjang tahun 2025.

Turut hadir mesyuarat tersebut ialah barisan Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz dan para Ketua Agensi Kerajaan Persekutuan.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.
May be an image of 12 people, dais and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 7 people and dais

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 7 people, crowd and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 11 people, dais and text

May be an image of 3 people, dais and text


ArtikelDiterbitkan 16 Oct 2024 8.10 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM