
Artikel
Kpn Hadir Mesyuarat Jpk Bagi Kepengerusian Asean Malaysia 2025 Bilangan 2 2024
Kuala Lumpur, 11 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan (JPK) bagi Kepengerusi...
Kuala Lumpur, 11 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan (JPK) bagi Kepengerusian ASEAN - Malaysia 2025 Bilangan 2 Tahun 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Parlimen, di sini, petang tadi.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim itu turut dihadiri oleh barisan Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet serta Ketua-ketua Agensi Kerajaan Persekutuan yang terlibat.
Mesyuarat tersebut bertujuan merancang, menyelaras, melaksana dan memantau persiapan substantif dan logistik bagi Kepengerusian ASEAN Tahun 2025 oleh setiap Kementerian dah Agensi yang terlibat.
Kerajaan Malaysia kini dalam proses akhir untuk bersiap sedia diberi penghormatan menjadi Pengerusi ASEAN 2025 dengan tiga tonggak utama yang telah digariskan iaitu keselamatan dan politik, ekonomi serta sosiobudaya.
Hadir sama, Peguam Negara , Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Raja Dato’ Nushirwan Zainal Abidin dan Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa) Bukit Aman, SAC Dato' Pahlawan Suparamaniam Ramasamy.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery




