
Artikel
Kpn Hadir Mesyuarat Dwi Tahunan Pdrm Bersama Ipcc
Putrajaya, 13 Ogos 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain ke hadir Mesyuarat Dwi Tahunan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Suruhanjaya...
Putrajaya, 13 Ogos 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain ke hadir Mesyuarat Dwi Tahunan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) bertempat di Bilik Mesyuarat Perkasa, Kompleks Setia Perkasa, Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, pagi tadi.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi IPCC, Datuk Zolkopli Dahalan itu bertujuan membentangkan pelaporan mengenai gerak kerja dan siasatan dalam Pasukan PDRM.
Selain itu, perkara lain yang turut dibincangkan adalah mengenai tatakelola dalam menggalakkan intergriti serta penambahbaikan Pasukan berkaitan penguatkuasaan undang-undang.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Sri Azri Ahmad, barisan Timbalan Pengarah PDRM, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah, Ketua Urus Setia KPN (Perundangan) Bukit Aman, SAC Abd Rahman Atan, pegawai kanan PDRM dan delegasi IPCC.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery.




