Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Hadir Meriahkan Majlis Ramah Mesra Pm Bersama Masyarakat Pulau Banggi

Published: 12 May 2026 1.45 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kudat, 9 Mei 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail pagi tadi hadir memeriahkan Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama masyarakat Pulau Banggi yang berlangsung di Dewan Terbuka Kobong, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-meriahkan-majlis-ramah-mesra-pm-bersama-masyarakat-pulau-banggi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:10 MYT
 
Kudat, 9 Mei 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail pagi tadi hadir memeriahkan Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama masyarakat Pulau Banggi yang berlangsung di Dewan Terbuka Kobong, di sini.

Majlis tersebut menjadi platform penting dalam mendekatkan kepimpinan negara dengan masyarakat setempat, di samping menyantuni penduduk dan mendengar sendiri aspirasi serta keperluan komuniti di pulau berkenaan.

Terdahulu, Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Khalid turut mengiringi Dato’ Seri Anwar mengadakan lawatan ke Pos Dogoton, Pulau Banggi bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar.

Lawatan ke pos keselamatan itu bertujuan meninjau tahap kesiapsiagaan pasukan keselamatan di kawasan sempadan Malaysia-Filipina, selain menyampaikan penghargaan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atas komitmen dan pengorbanan mereka dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan negara terus terpelihara, khususnya di perairan Sabah.

Taklimat berkaitan pos keselamatan telah disampaikan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Hj. Malek Razak Sulaiman dan Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato' Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun, JP, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, Pasukan Gerakan Am Bukit Aman, DCP Dato’ Mohamad Suzrin Mohd Rodhi, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Abdul Rahman Kassim, Komander Briged Sabah PGA, SAC Datuk Nor Omar Sappi, Komander Pasukan Polis Marin W4 Sabah, ACP Ahmad Amri Abd Rahman serta Ketua Polis Balai Karakit, ASP Mohd Yassin Sagap.

Jurugambar: Pejabat Perdana Menteri dan Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of one or more people, crowd and text

May be an image of one or more people and clarinet

May be an image of text

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and text

ArticlePublished 12 May 2026 1.45 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM