Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Hadir Majlis Santapan Petang Sempena Mthqa Kali Ke 64 Tahun 2024 Di Istana Negara

Diterbitkan: 09 Oct 2024 10.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 9 Oktober 2024 - Sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) kali ke-64 Tahun 2024 yang telah membuka tirai penganjurannya pada 5 Oktober lalu, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Majlis Santapan Petang di Istana Negara, di sini, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-majlis-santapan-petang-sempena-mthqa-kali-ke-64-tahun-2024-di-istana-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:29 MYT
Kuala Lumpur, 9 Oktober 2024 - Sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) kali ke-64 Tahun 2024 yang telah membuka tirai penganjurannya pada 5 Oktober lalu, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Majlis Santapan Petang di Istana Negara, di sini, petang tadi.

Berangkat mencemar duli ke majlis tadi ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Majlis yang berlangsung di Dewan Santapan Utama Istana Negara itu dihadiri kira-kira 150 tetamu jemputan termasuk 92 peserta tilawah dan hafazan yang menyertai MTHQA kali ini.

MTHQA yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur dengan bertemakan ‘Al-Falah Pemacu Malaysia Madani’ sehingga 12 Oktober ini telah dibarisi 53 peserta tilawah dan 39 peserta hafazan mewakili 71 buah negara.

Hadir sama majlis tadi ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Naim Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee dan pegawai kanan Persekutuan.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan, Konstabel Muhammad Adzha Ahmad Zulkopli dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 6 people

May be an image of 6 people and dais

May be an image of 5 people, dais and text


ArtikelDiterbitkan 09 Oct 2024 10.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM