Artikel
KPN HADIR MAJLIS SAMBUTAN RASMI PRESIDEN REPUBLIK TÜRKIYE KE MALAYSIA
Putrajaya, 11 Februari 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Majlis Sambutan Rasmi Presiden Republik Türkiye, H.E Recep Tayyi...
Putrajaya, 11 Februari 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Majlis Sambutan Rasmi Presiden Republik Türkiye, H.E Recep Tayyip Erdoğan ke Malaysia yang berlangsung di Bangunan Perdana Putra, di sini.
Ketibaan H.E Recep Tayyip Erdoğan pada jam 11.15 pagi telah disambut Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum menyempurnakan pemeriksaan kawalan kehormatan utama yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja diketuai oleh Ketua Kawalan, Mejar Khairul Fakhzan Zainol Abidin.
Turut hadir menyambut sama ialah Timbalan PM II merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato' Seri Hj. Fadillah Hj. Yusof.
Kunjungan H.E Recep Tayyip Erdoğan ke Malaysia selama dua hari (10 hingga 11 Februari) adalah bagi mengukuhkan lagi kerjasama bilateral dua negara selain membincangkan isu-isu semasa melibatkan geopolitik global.
Seusai majlis, Dato’ Seri Anwar yang mengiringi H.E Recep Tayyip Erdoğan turut memperkenalkan barisan menteri kabinet dan pengurusan tertinggi kerajaan.
Yang turut hadir, wakil kedutaan asing dan pegawai kerajaan.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Nurkhairunisa Ibrahim