Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Hadir Majlis Sambutan Rasmi Pm New Zealand Ke Malaysia

Published: 02 Sep 2024 4.38 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi hadir ke Majlis Sambutan Rasmi Perdana Menteri (PM) New Zealand, H.E. Mr. Christopher Luxon ke Malaysia di Bangunan Perdana Putra, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-majlis-sambutan-rasmi-pm-new-zealand-ke-malaysia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:08 MYT
Putrajaya, 2 September 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi hadir ke Majlis Sambutan Rasmi Perdana Menteri (PM) New Zealand, H.E. Mr. Christopher Luxon ke Malaysia di Bangunan Perdana Putra, di sini.

Ketibaan H.E. Mr. Luxon tadi telah diiringi PM, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan kemudiannya memeriksa kawalan kehormatan utama terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Rejimen Askar Melayu Diraja.

Kedua-dua pemimpin negara tersebut akan membincangkan hal berkaitan hubungan antara Malaysia dan New Zealand serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau serta antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama.

Terdahulu, pesawat yang membawa pemimpin tertinggi New Zealand itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur malam tadi bagi menghadiri lawatan rasmi di negara ini selama tiga hari hingga Selasa dan merupakan kunjungan pertama beliau sejak memegang jawatan PM pada November 2023.

Turut hadir menyambut sama ialah barisan menteri kabinet, Ketua Setiausaha Negara, Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, barisan jemaah menteri, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, dif-dif jemputan serta barisan Ketua Jabatan Agensi Kerajaan.

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 10 people and text

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 7 people

May be an image of 10 people and dais

May be an image of 2 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 2 people

May be an image of 4 people

May be an image of 3 people, lighting and dais

May be an image of 2 people and dais

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 4 people and dais

May be an image of 5 people, wedding and text

May be an image of 4 people, dais and text


ArticlePublished 02 Sep 2024 4.38 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM