Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Hadir Majlis Sambutan Presiden Republik Kosovo Ke Malaysia

Published: 02 May 2025 8.26 AM Updated: 15 Aug 2026 8.04 PM
Putrajaya, 2 Mei 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Majlis Sambutan Rasmi Presiden Republik Kosovo ke Malaysia, Dr Vjosa Osmani Sadriu yang berlangsung di Bangunan Perdana Putra, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-majlis-sambutan-presiden-republik-kosovo-ke-malaysia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:25 MYT
Putrajaya, 2 Mei 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Majlis Sambutan Rasmi Presiden Republik Kosovo ke Malaysia, Dr Vjosa Osmani Sadriu yang berlangsung di Bangunan Perdana Putra, di sini, pagi tadi.

Ketibaan Dr Vjosa Osmani Sadriu telah disambut Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim seterusnya melakukan pemeriksaan kawalan kehormatan utama yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja diketuai oleh Ketua Kawalan, Mejar Muhammad Fikri Senan.

Hadir sama ialah Timbalan PM I merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Timbalan PM II merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato' Sri Hj. Fadillah Yusof.

Kunjungan Dr Vjosa Osmani Sadriu selama empat hari di sini adalah bagi mengukuhkan lagi kerjasama bilateral dua negara selain membincangkan isu-isu semasa melibatkan bidang perdagangan, pelaburan, pendidikan serta kesalinghubungan antara rakyat.

Seusai majlis, Dato’ Seri Anwar yang mengiringi Dr Vjosa Osmani Sadriu turut memperkenalkan barisan menteri kabinet dan pengurusan tertinggi kerajaan.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan, Koperal Bryan Mustin dan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN)

May be an image of 7 people, dais and text that says '@HIAK HAI RM M'

May be an image of 1 person and text

May be an image of 3 people, the Oval Office, dais and text

May be an image of 13 people and text

May be an image of 9 people, wedding and text
ArticlePublished 02 May 2025 8.26 AMUpdated 15 Aug 2026 8.04 PM