
Artikel
Kpn Hadir Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Bersama Pm Peringkat Negeri Pahang
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Bersama Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim Pe...
Kuantan, 12 April 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Bersama Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim Peringkat Negeri Pahang yang berlangsung di perkarangan Pantai Batu Hitam, Beserah, di sini, semalam.
Tan Sri Razarudin yang tiba kira-kira jam 7.45 malam tadi turut mengiringi ketibaan Dato’ Seri Anwar.
Tan Sri Razarudin seterusnya dibawa ke meja tetamu utama dengan dihidangkan pelbagai juadah tradisi Hari Raya dan kemudiannya turut beramah mesra dengan tetamu kenamaan serta masyarakat yang hadir memeriahkan majlis.
Turut hadir, Timbalan PM merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Hj. Wan Rosdy Wan Ismail, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Speaker Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Hj. Mohd Sharkar Hj. Shamsudin, Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Indera Nazri Abu Bakar, Ketua Polis negeri, CP Dato’ Sri Yahaya Othman dan Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu serta rakan-rakan media.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.




















