Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Hadir Majlis Penutup Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara

Published: 05 May 2024 9.32 AM Updated: 15 Aug 2026 8.16 PM
Sungai Nibong, 5 Mei 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir menyerikan Majlis Penutup Program Madani Rakyat (PMR) 2024 Zon Utara yang berlangsung di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-majlis-penutup-program-madani-rakyat-2024-zon-utara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:49 MYT
Sungai Nibong, 5 Mei 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir menyerikan Majlis Penutup Program Madani Rakyat (PMR) 2024 Zon Utara yang berlangsung di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang, di sini, pagi tadi.

Ketibaan Tan Sri Razarudin sekitar jam 9.30 pagi telah disambut oleh Ketua Polis Daerah TIMUR LAUT, ACP Razlam Ab Hamid seterusnya dibawa melawat beberapa reruai yang dipamerkan. Dalam pada itu, beliau berkesempatan menyantuni para petugas di Pondok Polis Tapak Pesta Sungai Nibong.

Majlis penutup program telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Dalam majlis yang sama turut berlangsung Sambutan Aidilfitri MADANI Tahun 2024 Peringkat Negeri Pulau Pinang yang disertai penduduk setempat.

Tan Sri Razarudin telah mengiringi Dato' Seri Anwar menyantuni tetamu jemputan dan mereka yang datang memeriahkan majlis.

Hadir sama, barisan jemaah menteri, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz, Ketua Polis Pulau Pinang CP Datuk Hamzah Hj. Ahmad, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, DCP Dato' Mohd Alwi Zainal Abidin.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of 10 people and text

May be an image of ‎5 people and ‎text that says '‎중 LEK ፕሜቢነ5 POLIS DIRAJA POLISDIRAJAMALAYSIA MALAYSIA میراره SOLIS OLISDANMA ن IS

May be an image of 5 people and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 3 people, speaker, crowd and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 11 people

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 1 person and crowd

May be an image of 4 people and text
ArticlePublished 05 May 2024 9.32 AMUpdated 15 Aug 2026 8.16 PM