Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Hadir Majlis Paluan Berundur Pengarah Jsjk

Diterbitkan: 20 Mar 2025 2.00 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Majlis Paluan Berundur Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-majlis-paluan-berundur-pengarah-jsjk
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:44 MYT
Kuala Lumpur, 20 Mac 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Majlis Paluan Berundur Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini, petang tadi.

Majlis yang bermula lebih kurang jam 5.00 petang tadi dimulakan dengan ketibaan Tan Sri Razarudin sebelum menerima Hormat Panglima daripada Pancaragam Pusat Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Muzik Polis Diraja Malaysia (PDRM), DSP Mesmoro Edward.

Tertib acara diteruskan dengan persembahan daripada Pancaragam PDRM yang mendendangkan beberapa buah lagu antaranya nyanyian Frank Sinatra bertajuk "My Way".

Dalam majlis sama, Dato' Sri Ramli telah diberi penghormatan oleh Pasukan menjadi "guest conductor" untuk memimpin Pancaragam Pusat PDRM dan seterusnya persembahan deklamasi sajak bertajuk "Salam Teristimewa Buatmu" yang disampaikan oleh Sarjan Detektif, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau, Sabah, Sarjan Detektif Ardian Syah Wayang.

Mengakhiri majlis yang diadakan, Dato’ Sri Ramli dan isteri bersama ahli keluarga ke Balai Pengawal menaiki kenderaan istiadat untuk menandatangani buku pelawat sebelum beredar meninggalkan majlis.

Hadir sama, Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, barisan Pengarah PDRM dan para pegawai kanan PDRM.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Nurkhairunisa Ibrahim

May be an image of 11 people and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 10 people, dais and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 11 people, clarinet, saxophone and trumpet

May be an image of 3 people, dais and text
ArtikelDiterbitkan 20 Mar 2025 2.00 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM