
Article
Kpn Hadir Majlis Kesyukuran Setahun Pentadbiran Pm Dan Kerajaan Madani
Putrajaya, 23 November 2023 - Majlis Kesyukuran Setahun Pentadbiran Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani turut dihadiri oleh Ketu...
Putrajaya, 23 November 2023 - Majlis Kesyukuran Setahun Pentadbiran Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani turut dihadiri oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain di Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, di sini, petang tadi.
Ketibaan Tan Sri Razarudin bersama Ketua-ketua Jabatan Persekutuan lain kira-kira jam 6.00 petang tadi disambut oleh para pegawai kanan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.
Tan Sri Razarudin bersama barisan kepimpinan negara dan tetamu jemputan seterusnya menunaikan solat fardhu Maghrib berjemaah diikuti solat hajat sebelum diteruskan dengan majlis bacaan Yasin serta doa selamat yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Tuan Hj. Ehsan Mohd Hosni.
Majlis tadi turut diserikan dengan ucapan amanat oleh Dato' Seri Anwar dan diakhiri solat fardhu Isyak berjemaah.
Turut hadir, isteri PM, Dato' Seri Dr. Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, dan wakil-wakil agensi kerajaan Persekutuan serta negeri.
Jurugambar: Lans Koperal Bryan Mustin dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini





