Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Hadir Majlis Clock In Ksu Kdn Baharu

Published: 05 Sep 2024 4.38 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 5 September 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Majlis “Clock-In” Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN) baharu, Datuk Awang Alik Jeman yang berlangsung di pekarangan lobi Ibu Pejabat KDN di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-majlis-clock-in-ksu-kdn-baharu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:18 MYT
Putrajaya, 5 September 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Majlis “Clock-In” Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN) baharu, Datuk Awang Alik Jeman yang berlangsung di pekarangan lobi Ibu Pejabat KDN di sini, pagi tadi.

Datuk Awang Alik sebelum ini menggalas jawatan Timbalan KSU Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan diberi kepercayaan memegang portfolio KSU KDN bagi menggantikan Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi yang akan berkhidmat sebagai KSU di Kementerian Pendidikan Malaysia berkuat kuasa hari ini.

Majlis diteruskan di Bilik Mesyuarat Perkasa dengan sesi taklimat mengenai KDN oleh Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik, Puan Ainah Mohd Soon yang turut dihadiri barisan pengurusan tertinggi KDN dan Ketua-ketua jabatan serta agensi di bawah kementerian.

Semoga di bawah kepimpinan Datuk Awang Alik, warga kerja KDN dan seluruh jabatan dan agensi di bawahnya akan terus memacu khidmat cemerlang serta menjaga keselamatan dan keamanan negara dengan utuh.

Jurugambar: Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 11 people and text

May be an image of 11 people, clarinet, crowd and text


ArticlePublished 05 Sep 2024 4.38 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM