
Article
Kpn Hadir Majlis Aspirasi Kepimpinan Ksn Tahun 2024
Putrajaya, 10 September 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Majlis Aspirasi Kepimpinan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tahun 20...
Putrajaya, 10 September 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Majlis Aspirasi Kepimpinan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tahun 2024 yang berlangsung di Dewan De’ Seri Endon PUSPANITAPURI, di sini, petang tadi.
Dalam majlis yang diadakan, KSN, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menumpukan lima Bidang Keberhasilan Reformasi dalam menjadikan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam sebagai gagasan baharu pentadbirannya iaitu Penghayatan Nilai dan Tatakelola, Pembangunan Modal Insan, Pembangunan Organisasi, Penyampaian Perkhidmatan dan Memperkasakan Sinergi Awam dan Swasta.
Ia juga diperkukuhkan dengan 20 strategi dalam memperkasakan penyampaian perkhidmatan termasuk memastikan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
Menerusi amanatnya juga, KSN berharap Polis Diraja Malaysia dapat merakyatkan lagi perkhidmatannya di balai-balai polis serta melakukan perubahan penempatan agar dapat memberi anjakan nilai kepada tugasan setiap warga Pasukan.
Hadir sama, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz, Ketua Pengarah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia, CP Dato' Sri Hazani Ghazali, pegawai-pegawai kanan kerajaan serta rakan media.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.






