Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Hadir Ke Istiadat Mengucap Selamat Berangkat Sempena Lawatan Negara Kdymm Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Ke Persekutuan Rusia

Diterbitkan: 04 Aug 2025 7.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Shah Alam, 4 Ogos 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menghadiri Istiadat Mengucap Selamat Berangkat bersempena lawatan negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ke Persekutuan Rusia, di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia Subang, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-ke-istiadat-mengucap-selamat-berangkat-sempena-lawatan-negara-kdymm-seri-paduka-baginda-yang-di-pertuan-agong-ke-persekutuan-rusia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:20 MYT
Kpn Hadir Ke Istiadat Mengucap Selamat Berangkat Sempena Lawatan Negara Kdymm Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Ke Persekutuan Rusia
Laman Utama / Artikel / Kpn Hadir Ke Istiadat Mengucap Selamat Berangkat Sempena Lawatan Negara Kdymm Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Ke Persekutuan Rusia
Kembali ke Pustaka
Artikel

Kpn Hadir Ke Istiadat Mengucap Selamat Berangkat Sempena Lawatan Negara Kdymm Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Ke Persekutuan Rusia

Shah Alam, 4 Ogos 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menghadiri Istiadat Mengucap Selamat Berangkat bersempena lawatan ne...
Shah Alam, 4 Ogos 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menghadiri Istiadat Mengucap Selamat Berangkat bersempena lawatan negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ke Persekutuan Rusia, di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia Subang, di sini, pagi tadi.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di pangkalan pagi tadi telah disambut Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalannya merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato' Sri Fadillah Yusof.

Lawatan selama tujuh hari Seri Paduka Baginda ke Negara Kuasa Besar itu bermula 4 hingga 10 Ogos, melakar sejarah tersendiri apabila Baginda menjadi Ketua Negara Malaysia pertama mengadakan Lawatan Rasmi sejak tertubuhnya hubungan diplomatik pada 1967 lalu.

Kunjungan Seri Paduka Baginda ke Persekutuan Rusia atas jemputan rasmi presidenya, Tuan Yang Terutama Vladimir Vladimirovich Putin bertujuan memperkukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara.

Sebelum berangkat, Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima tabik Hormat Diraja daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dengan diiringi 21 das tembakan meriam dan nyanyian lagu Negaraku.

Antara yang hadir sama ialah Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari Abdul, barisan menteri dan timbalan menteri kabinet, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hj. Mohd Nizam Hj. Jaffar dan Ketua Hakim Negara, Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Sumber: Facebook Sultan Ibrahim

May be an image of 11 people and text that says 'UDARA SUBANG SELAMAT DATANG KE PANGKALAN PANGK'

May be an image of 4 people

May be an image of 3 people and helicopter

May be an image of 9 people, aircraft and text

May be an image of 2 people, aircraft and text
ArtikelDiterbitkan 04 Aug 2025 7.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM