Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Hadir Ke Istiadat Mengucap Selamat Berangkat Sempena Lawatan Negara Kdymm Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Ke Brunei Darussalam

Published: 13 Oct 2024 4.53 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Shah Alam, 13 Oktober 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Istiadat Mengucap Selamat Berangkat bersempena lawatan negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ke Brunei Darussalam, di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia Subang, di sini pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-ke-istiadat-mengucap-selamat-berangkat-sempena-lawatan-negara-kdymm-seri-paduka-baginda-yang-di-pertuan-agong-ke-brunei-darussalam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:08 MYT
Kpn Hadir Ke Istiadat Mengucap Selamat Berangkat Sempena Lawatan Negara Kdymm Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Ke Brunei Darussalam
Home / Article / Kpn Hadir Ke Istiadat Mengucap Selamat Berangkat Sempena Lawatan Negara Kdymm Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Ke Brunei Darussalam
Back to Library
Article

Kpn Hadir Ke Istiadat Mengucap Selamat Berangkat Sempena Lawatan Negara Kdymm Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Ke Brunei Darussalam

Shah Alam, 13 Oktober 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Istiadat Mengucap Selamat Berangkat bersempena lawatan negara Keb...
Shah Alam, 13 Oktober 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Istiadat Mengucap Selamat Berangkat bersempena lawatan negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ke Brunei Darussalam, di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia Subang, di sini pagi tadi.

Turut berangkat, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua di pangkalan pada kira-kira jam 8.45 pagi telah disambut Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan, Datuk Abdul Shukor Mahmud.

Lawatan tiga hari Seri Paduka Baginda berdua ke Negara Zikir itu (13 hingga 15 Oktober) adalah bertujuan memperkukuhkan lagi hubungan kedua-dua institusi diraja yang telah lama terjalin, sekaligus memartabatkan rumpun, budaya dan Kesultanan Melayu.

Brunei merupakan negara ketiga dikunjungi Seri Paduka Baginda untuk lawatan rasmi selepas Singapura dan China sejak menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lalu.

Berangkat sama mengiringi Seri Paduka Baginda berdua ialah Tunku Temenggong Johor, Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Bacaan doa bagi memohon keberkatan Allah SWT sepanjang lawatan Seri Paduka Baginda berdua telah disempurnakan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Profesor Madya Dr. Luqman Hj. Abdullah.

Lawatan negara ke Brunei turut diiringi Menteri Pendidikan Tinggi selaku Menteri Pengiring, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir.

Sebelum berangkat, Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima tabik Hormat Diraja daripada Batalion 1 Rejimen Askar Melayu Diraja dengan diiringi 21 das tembakan meriam dan nyanyian lagu Negaraku.

Antara yang hadir sama ialah Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari Abdul, barisan menteri dan timbalan menteri kabinet, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab. Rahman dan Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi.

Jurugambar: Sarjan Aslam Khan Syir Khan dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.

May be an image of 10 people and text

May be an image of 2 people, aircraft and text

May be an image of 1 person and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 13 Oct 2024 4.53 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM