
Article
Kpn Hadir Istiadat Sambutan Perdana Menteri Rebuplik Islam Pakistan Ke Malaysia
Putrajaya, 6 Oktober 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hadir ke Istiadat Sambutan Rasmi Perdana Menteri Rebuplik Islam P...
Ketibaan TYT Muhammad Shehbaz telah disambut oleh Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan sebagai tanda hormat rasmi.
Kunjungan TYT Muhammad Shehbaz selama tiga hari ke Malaysia bertujuan memperkukuh hubungan diplomatik dan memperluas kerjasama strategik kedua-dua negara, khususnya dalam bidang perdagangan, pelaburan, pendidikan, teknologi serta pembangunan modal insan.
Malaysia kekal komited untuk mempererat hubungan persahabatan dengan Pakistan demi kesejahteraan bersama dan memastikan keamanan, kestabilan serta kemakmuran serantau terus terpelihara.
Turut hadir, Timbalan PM, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abd Shukor Mahmood.