
Article
Kpn Dikurniakan Darjah Kebesaran S S N S
Kuala Pilah, 14 Januari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini dikurniakan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang...
Kuala Pilah, 14 Januari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini dikurniakan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (S.S.N.S.) yang membawa gelaran ‘Dato' Seri’ oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Pengurniaan darjah kebesaran tersebut telah berlangsung dalam Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Keputeraan Ke-76 DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti, di sini.
Turut berangkat ke istiadat yang sama DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud .
Tuanku Muhriz turut berkenan mengurniakan Ahli Setia Negeri Sembilan (A.N.S.) kepada kepada 12 individu termasuk Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Negeri Sembilan, DSP Datin Erny Yusnida Che Yusoff.
Seramai 111 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat bagi sesi pertama yang merangkumi Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (1), S.S.N.S. (1), D.P.N.S. (2), D.B.N.S. (10), Darjah Setia Negeri Sembilan (6), Darjah Pekerti Terpilih (9), A.N.S. (12), Setiawan Tuanku Muhriz (7), Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (25), Pingat Jasa Kebaktian (24), Bentara Tuanku Muhriz (12) dan Pingat Khidmat Lama (2).
Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat yang seterusnya akan diadakan pada 22 Januari depan yang menyaksikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Md Din dikurniakan Darjah Dato’ Paduka Negeri Sembilan (D.P.N.S.) yang membawa gelaran ‘Dato''. Manakala Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, SAC Abd Khalid Othman dikurniakan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (D.B.N.S.) yang turut membawa gelaran yang sama pada sesi ketiga yang akan diadakan 29 Januari depan.
Hadir sama, para Pembesar Negeri Sembilan, Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan, Menteri Pengangkutan, Tuan Loke Siew Fook, Pengerusi PERKEP Malaysia , Puan Sri Zainah Othman, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad, Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Dato' Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Hj. Mohd Ghani.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin, Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri dan Jabatan Penerangan Negeri Sembilan







