
Article
Kpn Dikurnia Darjah Kebesaran Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu S S M Z
Tan Sri Razarudin dikurniakan S.S.M.Z. dalam Istiadat Pengurniaan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri Sempena Hari Keputeraan Ke-62 Kebawah Duli Yang Maha...
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain kerana telah dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z.) yang membawa gelaran “Dato' Seri”.
Tan Sri Razarudin dikurniakan S.S.M.Z. dalam Istiadat Pengurniaan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri Sempena Hari Keputeraan Ke-62 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah di Balairong Seri, Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu, Pagi tadi.