Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Dan Timbalan Sembah Mengadap Dymm Tuanku Raja Perlis

Diterbitkan: 12 Sep 2023 10.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Arau, 12 September 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay sembah mengadap Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail di Balai Mengadap Biru Istana Arau di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-dan-timbalan-sembah-mengadap-dymm-tuanku-raja-perlis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:09 MYT
Arau, 12 September 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay sembah mengadap Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail di Balai Mengadap Biru Istana Arau di sini, pagi tadi.

Turut berangkat ialah Raja Perempuan Perlis, DYMM Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Sembah mengadap tersebut adalah yang pertama kali sejak Tan Sri Razarudin dan Dato’ Sri Ayob Khan masing-masing menjawat jawatan KPN dan Timbalan KPN.

Kehadiran kedua-dua pucuk pimpinan Pasukan itu turut disertai pasangan masing-masing iaitu Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman dan Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, SAC Datin Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin.

Tan Sri Razarudin dan Dato’ Sri Ayob Khan yang diiringi Ketua Polis (KP) Perlis, DCP Dato’ Surina Saad telah menyembah maklum kepada baginda Tuanku mengenai perkembangan terkini Pasukan Polis Diraja Malaysia dalam isu keselamatan dan ketenteraman awam khususnya bagi negeri Indera Kayangan itu.

Hadir sama, Mufti Perlis, Profesor Madya Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Timbalan KP negeri, SAC Baderulhisham Baharudin dan para pegawai kanan polis.

Jurugambar: PDRM RMP TV

Mungkin imej 6 orang, dais dan teks

Mungkin imej 7 orang, dais dan teks

Mungkin imej 7 orang dan teks

Mungkin imej 7 orang dan teks

Mungkin imej 2 orang, dais dan teks

Mungkin imej 3 orang, dais dan teks

Mungkin imej 2 orang dan dais

Mungkin imej 2 orang, dais dan teks

Mungkin imej 5 orang, dais dan teks
ArtikelDiterbitkan 12 Sep 2023 10.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM