Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Dan Timbalan Kpn Hadir Taklimat Sijil Pelantikan Pdrm Baharu

Diterbitkan: 07 Dec 2023 1.58 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 7 Disember 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menghadiri sesi taklimat berkenaan Sijil Pelantikan (Kad Kuasa) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang baharu oleh pihak Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) di Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-dan-timbalan-kpn-hadir-taklimat-sijil-pelantikan-pdrm-baharu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:17 MYT
Kuala Lumpur, 7 Disember 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menghadiri sesi taklimat berkenaan Sijil Pelantikan (Kad Kuasa) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang baharu oleh pihak Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) di Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini.

Taklimat oleh Pre-sales Technical Assistant Manager, Encik Asyraf Abd Razak itu menerangkan lebih lanjut mengenai reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan terkini yang terdapat pada sijil pelantikan tersebut.

Sijil Pelantikan PDRM yang baharu bukan sahaja melibatkan perubahan reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan bersekuriti tinggi, malah ia akan turut disertakan dengan Hologram Khas PDRM bagi menggantikan ciri keselamatan lama.

Ia juga bakal dilengkapi kod “QR” beserta Modul Sistem Cetakan Sijil Pelantikan yang berintegrasi dengan Sistem HRMIS.

Turut berlangsung tadi ialah penyerahan replika Sijil Pelantikan PDRM baharu oleh Group Chief Executive Officer, Encik Mohd Shahar Yope kepada Tan Sri Razarudin dan Dato' Sri Ayob Khan.

Hadir sama, Head of Smartcard Solutions, Encik Mohd Hanif Maah, barisan Pengarah PDRM, Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, CP Datuk Ts. Ahmad Ramzdan Daud, Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia) Bukit Aman, DCP Dato’ Roze Shaari, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan) Bukit Aman, SAC Mohd Asri Md Akhir dan Ketua Urus Setia KPN (Perundangan) Bukit Aman, SAC Abd Rahman Atan.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 2 people, dais, newsroom and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 10 people, people studying, table, lighting and text

ArtikelDiterbitkan 07 Dec 2023 1.58 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM