
Article
Kpn Dan Timbalan Kpn Hadir Jamuan Teh Diraja Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kdymm Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tahun
Kuala Lumpur, 04 Jun 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay petang tadi menghadi...
Kuala Lumpur, 04 Jun 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay petang tadi menghadiri Jamuan Teh Diraja, di Istana Negara, di sini.
Jamuan Teh Diraja yang berlangsung di Dewan Santapan Utama, Istana Negara diadakan bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 2 Jun lalu.
Turut berangkat bercemar duli mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.
Tidak ketinggalan menyerikan majlis yang diadakan adalah Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa bersama isteri merangkap Pengerusi PERKEP Kontinjen Kuala Lumpur, Datin Zuraini Abd Razak dan Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Ku Mashariman Ku Mahmood.