Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Dan Pengerusi Perkep Malaysia Santuni Warga Pdrm Sabah Di Hospital Queen Elizabeth Ii

Published: 10 Apr 2026 1.06 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kota Kinabalu, 31 Mac 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Seri Panglima Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose semalam menyantuni warga kerja dan ahli keluarga Polis Diraja Malaysia (PDRM) kontinjen Sabah di Hospital Queen Elizabeth II (HQEII).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-dan-pengerusi-perkep-malaysia-santuni-warga-pdrm-sabah-di-hospital-queen-elizabeth-ii
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:16 MYT
 
Kota Kinabalu, 31 Mac 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Seri Panglima Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose semalam menyantuni warga kerja dan ahli keluarga Polis Diraja Malaysia (PDRM) kontinjen Sabah di Hospital Queen Elizabeth II (HQEII).

Mereka diiringi oleh Pengarah HQEII, Dr. Ferro Firdaus Ibrahim bersama Pesuruhjaya Polis (PJP) Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun dan Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah, Datin Nurhayatie Farhana Abdullah menziarahi Sarjan Major Muhd Sabari Ibrahim dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu yang disahkan menghidap penyakit Tuberkulosis dan kanser paru-paru menerima rawatan rapi di Wad Perubatan Tambahan HQEII.

Delegasi kemudian meneruskan sesi ziarah ke atas dua orang ahli keluarga warga IPD Penampang di Unit Rehabilitasi Jantung HQEII iaitu Mohd Suhaizam Nasuha, suami kepada Sarjan Nora Alun yang mengalami serangan jantung serta pesakit bernama Mohamad Aqef Mohamad Effendy, anak kepada Koperal Mohamad Effendy Mohamad Idris yang sedang menerima rawatan melibatkan jantung berlubang.

Sepanjang lawatan, Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Khalid dan isteri turut mengambil kesempatan menyampaikan sumbangan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap musibah kesihatan yang melanda anggota dan ahli keluarga PDRM terlibat.

Turut hadir, Timbalan PJP Sabah, DCP Datuk Abdul Rani Alias bersama isteri merangkap Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah, Datin Rusnah Zakaria, barisan Timbalan Pengarah HQEII, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Ab Rahman dan Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery

May be an image of one or more people, dais, hospital and text

May be an image of one or more people, dais, hospital and text

May be an image of one or more people, hospital, dais and text


May be an image of one or more people, ambulance and text
ArticlePublished 10 Apr 2026 1.06 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM