Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Dan Pengerusi Perkep Malaysia Hadir Ke Istiadat Pertabalan Kdymm Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Ke 17

Published: 20 Jul 2024 9.37 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 20 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman hadir ke Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim di Istana Negara, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-dan-pengerusi-perkep-malaysia-hadir-ke-istiadat-pertabalan-kdymm-seri-paduka-baginda-yang-di-pertuan-agong-ke-17
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:25 MYT
 
Kuala Lumpur, 20 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman hadir ke Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim di Istana Negara, di sini, pagi tadi.

Istiadat Pertabalan baginda merupakan sebuah keunikan sistem Raja Berpelembagaan yang dipilih secara bergilir melalui Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berperanan sebagai lambang kedaulatan negara merangkumi keunikan kepelbagaian kaum serta menghormati antara satu sama lain.

Acara penuh adat istiadat itu yang berlangsung di Balairong Seri, dimulakan dengan perarakan masuk Baginda Tuanku bersama Alat-alat Kebesaran sebelum Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim melafazkan surat pengisytiharan pemasyhuran Baginda Tuanku sebagai Ketua Negara yang baharu.

Turut berangkat dalam Istiadat Pertabalan berkenaan, KDYMM Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Yang turut bercemar duli, DYMM Raja-raja Melayu bersama Permaisuri serta barisan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri bersama Toh Puan Negeri. Tidak ketinggalan menyaksikan hari bersejarah Baginda Tuanku adalah KDYMM Raja Bahrain Sheikh Hamad Isa Al Khalifa dan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah serta KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Hadir sama dalam acara penuh istiadat tersebut adalah Timbalan KPN, DIG Dato' Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Baginda yang sebelum ini bercemar duli hadir ke Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 31 Januari lalu mengimbau kembali detik istimewa apabila melalui proses bersejarah sama seperti ayahanda baginda Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail yang ditabal selaku Yang di-Pertuan Agong kelapan, 40 tahun lalu.

Turut hadir, barisan Menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab. Rahman, bekas KPN, Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Rusdi Mohd Isa, barisan ketua kementerian dan agensi kerajaan serta barisan perwakilan asing.

Selamat Bertakhta! Daulat Tuanku!


May be an image of 6 people and text

May be an image of 2 people, dais, wedding and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 2 people, wedding, dais and text

May be an image of 8 people and text

ArticlePublished 20 Jul 2024 9.37 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM