Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Dan Isteri Hadiri Jamuan Teh Diraja Sempena Istiadat Pertabalan Yang Di Pertuan Agong

Published: 29 Jul 2024 1.06 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 27 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman petang tadi menghadiri Jamuan Teh Diraja di Istana Negara, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-dan-isteri-hadiri-jamuan-teh-diraja-sempena-istiadat-pertabalan-yang-di-pertuan-agong
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:31 MYT
Kuala Lumpur, 27 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman petang tadi menghadiri Jamuan Teh Diraja di Istana Negara, di sini.

Turut hadir, Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama isteri selaku Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, SAC Datin Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin.

Jamuan Teh Diraja yang berlangsung di Dewan Santapan Utama, Istana Negara merupakan penutup acara Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17, bermula pada 18 Julai lalu.

Berangkat bercemar duli mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Yang turut hadir, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa bersama isteri, Datin Zuraini Abd Razak dan Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Ku Mashariman Ku Mahmood.

Sumber gambar: Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN)

Kpn Dan Isteri Hadiri Jamuan Teh Diraja Sempena Istiadat Pertabalan Yang Di Pertuan Agong

Mungkin imej 10 orang, dais dan teks

Mungkin imej 8 orang dan dais

Mungkin imej 7 orang, kain batik cetak dan dais

Mungkin imej 5 orang, dais, perkahwinan dan teks

Mungkin imej 9 orang, perkahwinan, dais dan teks

Mungkin imej 2 orang dan kain batik cetak

ArticlePublished 29 Jul 2024 1.06 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM