Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Dan Isteri Hadir Meriahkan Majlis Konvokesyen Mmu Ke 25

Diterbitkan: 09 Dec 2024 7.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Cyberjaya, 9 Disember 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman hari ini hadir memeriahkan Majlis Konvokesyen Universiti Multimedia (MMU) ke-25 yang diadakan di Dewan Tun Canselor MMU, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-dan-isteri-hadir-meriahkan-majlis-konvokesyen-mmu-ke-25
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:28 MYT
 
Cyberjaya, 9 Disember 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman hari ini hadir memeriahkan Majlis Konvokesyen Universiti Multimedia (MMU) ke-25 yang diadakan di Dewan Tun Canselor MMU, di sini.

Ketibaan Tan Sri Razarudin dan Puan Sri Datuk Zainah sekitar jam 8.00 pagi tadi disambut oleh Presiden MMU, Profesor Dato' Dr. Mazliham Mohd Su'ud.

Majlis telah dimulakan dengan perasmian pembukaan oleh Pro-Canselor MMU, Academician Tan Sri Dr. Zakri Abdul Hamid sebelum penyampaian sijil kepada 820 para graduan yang berjaya menamatkan pengajian mereka dalam pelbagai bidang.

Berucap dalam majlis tadi, Tan Sri Dr. Zakri mengingatkan para graduan agar bersedia untuk menghadapi dunia di luar kampus yang lebih mencabar dan mengaplikasikan segala ilmu pengetahuan serta pengalaman sepanjang mengikuti pengajian di universiti berkenaan apabila memperoleh kerjaya masing-masing kelak.

Turut diraikan tadi ialah anak bongsu kepada Tan Sri Razarudin dan Puan Sri Datuk Zainah iaitu Amirrul Haqim yang menerima Diploma Teknologi Maklumat selepas berjaya menamatkan pengajian beliau selepas tiga tahun tempoh pengajian.

Hadir sama, barisan Ahli Pengurusan dan Ahli Senat MMU serta para ibu bapa para graduan.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini dan Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 8 people, crowd and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 4 people, dais, newsroom and text

May be an image of 6 people, crowd and text
May be an image of 5 people, dais and text
ArtikelDiterbitkan 09 Dec 2024 7.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM