Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Dan Isteri Hadir Majlis Santapan Malam Sempena Memuliakan Mesyuarat Mrr Ke 262

Diterbitkan: 25 Oct 2023 5.30 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 25 Oktober 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri selaku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman menghadiri Majlis Santapan Malam yang diadakan di Istana Negara, di sini, malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-dan-isteri-hadir-majlis-santapan-malam-sempena-memuliakan-mesyuarat-mrr-ke-262
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:25 MYT
 
Kuala Lumpur, 25 Oktober 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri selaku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman menghadiri Majlis Santapan Malam yang diadakan di Istana Negara, di sini, malam tadi.

Turut berangkat, Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Majlis tersebut diadakan bersempena memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Ke-262 yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini, 25 Oktober 2023. Sementara itu, Mesyuarat MRR Ke-263 (Khas) akan diadakan pada Jumaat nanti.

Turut berangkat di majlis santapan ialah Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan dan Permaisuri, Pemangku-pemangku Raja serta Tuan-tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri-negeri bersama pasangan masing-masing.

Yang turut hadir, Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, barisan Menteri Kabinet, Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of 6 people and dais

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 9 people, headscarf and dais

May be an image of 7 people and dais

May be an image of 5 people, headscarf and dais

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 1 person, dais and text
ArtikelDiterbitkan 25 Oct 2023 5.30 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM