Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Dan Dua Pengarah Pdrm Dianugerahkan Darjah Kebesaran Persekutuan

Published: 09 Sep 2019 9.30 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri kepada Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador. Manakala Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani serta Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, CP Dato' Sri Rosli Ab Rahman pula menerima Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk. Istiadat penganugerahan tersebut berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara, Jalan Duta, di sini, pagi tadi. Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong tahun ini, seramai 795 orang menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-dan-dua-pengarah-pdrm-dianugerahkan-darjah-kebesaran-persekutuan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:09 MYT
KPN DAN DUA PENGARAH PDRM DIANUGERAHKAN DARJAH KEBESARAN PERSEKUTUAN Kuala Lumpur, 9 September 2019 – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri kepada Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador.

Manakala Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani serta Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, CP Dato' Sri Rosli Ab Rahman pula menerima Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.

Istiadat penganugerahan tersebut berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara, Jalan Duta, di sini, pagi tadi. Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong tahun ini, seramai 795 orang menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan.

19
20
21
22
ArticlePublished 09 Sep 2019 9.30 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM