Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Berucap Di Puspahanas

Published: 20 Dec 2019 9.36 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Putrajaya, 20 Disember 2019 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador hari ini telah dijemput untuk menyampaikan ucaptama kepada 165 peserta Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM) Siri 49/2020 termasuk 39 peserta antarabangsa di Dewan Hikmat, Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT), Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-berucap-di-puspahanas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:52 MYT

Putrajaya, 20 Disember 2019 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador hari ini telah dijemput untuk menyampaikan ucaptama kepada 165 peserta Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM) Siri 49/2020 termasuk 39 peserta antarabangsa di Dewan Hikmat, Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT), Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), di sini.

Ketibaan beliau di maktab tersebut sekitar pukul 9.30 pagi itu telah disambut mesra oleh Presiden PUSPAHANAS, Laksamana Madya Dato' Ganesh Navaratnam diiringi Komandan MTAT, Brigadier Jeneral Dato' Sofi Mat Lepi.

Menyampaikan ucaptama bertajuk "The Threats and Challenges Towards Royal Malaysia Police", Tan Sri Abdul Hamid telah berkongsi pengalaman yang dihadapi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di negara terjaga.

Antara fokus utama yang disampaikan dalam ucapannya adalah berkaitan dengan ancaman pengganas, cabaran kawalan sempadan, jenayah rentas sempadan dan isu-isu semasa termasuk politik serta agama.

Turut berlangsung dalam sesi akhir majlis tersebut adalah sesi soal jawab bersama para peserta kursus.

Hadir sama, Ketua-ketua Bahagian dan Pegawai-pegawai Turus MTAT.

Image may contain: 1 person
Antara koleksi gambar Majlis Ucaptama Ketua Polis Negara di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS).

Image may contain: 2 people
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid menyampaikan ucaptama kepada 165 peserta Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM) Siri 49/2020 termasuk 39 peserta antarabangsa.

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing
Peserta kursus bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador.

 


Image may contain: 2 people, people smiling, people standing
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador menandatangani buku pelawat.

Image may contain: 10 people, people standing
Sekitar Majlis Ucaptama Ketua Polis Negara di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS).



ArticlePublished 20 Dec 2019 9.36 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM