Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Bersama Timbalannya Hadir Ke Majlis Santapan Diraja Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak

Diterbitkan: 04 Nov 2023 5.25 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Kangsar, 4 November 2023 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Majlis Santapan Diraja Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-67 Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan di Istana Iskandariah, di sini, malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-bersama-timbalannya-hadir-ke-majlis-santapan-diraja-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-sultan-perak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:08 MYT
Kuala Kangsar, 4 November 2023 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Majlis Santapan Diraja Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-67 Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan di Istana Iskandariah, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman bersama Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, SAC Datin Sri Dato' Zalena Mohd Ariffin.

DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Al-Magfur-Lah yang dimasyurkan sebagai Sultan Perak ke-35 pada 29 Mei 2014, menyambut hari keputeraan rasmi baginda ke-67 semalam.

Turut berangkat ke majlis malam tadi ialah DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim dan DYMM Raja-Raja Melayu serta Permaisuri.

Yang turut hadir, para pembesar Negeri Perak, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah, Ketua Polis Perak, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri bersama timbalannya, DCP Dato' Pahlawan Azizi Hj. Mat Aris dan Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa), SAC Supramaniam Ramasamy.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 6 people

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 7 people, wedding and dais

May be an image of 5 people and text

May be an image of 2 people

May be an image of 5 people and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 2 people, headscarf and dais

May be an image of 2 people, headscarf, dais and text

May be an image of 6 people and wedding

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 7 people and dais

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 5 people, wedding and text

May be an image of 5 people and wedding
ArtikelDiterbitkan 04 Nov 2023 5.25 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM