Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Bersama Timbalan Mdn Terima Kunjungan Hormat Delegasi Luar Negara Di Ammtc Ke 17

Diterbitkan: 21 Aug 2023 1.40 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Labuan Bajo, 21 Ogos 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini mengiringi Timbalan Menteri Dalam Negeri (Timbalan MDN), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah untuk menerima kunjungan hormat delegasi antarabangsa yang menjadi rakan dialog sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) ke-17 Tahun 2023, di Hotel Meruorah, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-bersama-timbalan-mdn-terima-kunjungan-hormat-delegasi-luar-negara-di-ammtc-ke-17
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:54 MYT
Labuan Bajo, 21 Ogos 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini mengiringi Timbalan Menteri Dalam Negeri (Timbalan MDN), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah untuk menerima kunjungan hormat delegasi antarabangsa yang menjadi rakan dialog sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) ke-17 Tahun 2023, di Hotel Meruorah, di sini.

Timbalan Menteri Keselamatan Awam, Republik Rakyat China, H.E. Xu Datong bersama Timbalan Ketua Pengarah Biro Kerjasama Antarabangsa, Kementerian Keselamatan Awam, Republik Rakyat China, H.E. Niu Haifeng antara yang membuat kunjungan hormat tadi.

Turut berlangsung, kunjungan hormat oleh delegasi rakan dialog daripada Republik Korea kepada Tan Sri Razarudin dengan Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman di lokasi sama.

Republik Korea diketuai oleh Ketua Pendakwa Raya, Suwon High Prosecutor Office, Kementerian Keadilan Republik Korea, H.E. Lee Ju Hyoung bersama Pengarah Bahagian Hal-Ehwal Jenayah Antarabangsa, Kementerian Keadilan Republik Korea, H.E. Lee Ji Hyung.

May be an image of 5 people and text

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 8 people, people studying, newsroom and text
 
 
ArtikelDiterbitkan 21 Aug 2023 1.40 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM