Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Bersama Pat Pengerusikan Mesyuarat Jpgk Ke 78 Di Putrajaya

Diterbitkan: 15 Jul 2024 12.06 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 15 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN) IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohammad Ab Rahman petang tadi telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Gerakan Kebangsaan (JPGK) Ke-78 di Dewan Persidangan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Bangunan Perdana Putra, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-bersama-pat-pengerusikan-mesyuarat-jpgk-ke-78-di-putrajaya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 14:31 MYT
Kuala Lumpur, 15 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN) IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohammad Ab Rahman petang tadi telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Gerakan Kebangsaan (JPGK) Ke-78 di Dewan Persidangan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Bangunan Perdana Putra, di sini.

JPGK merupakan jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam merancang gerakan keselamatan termasuk penggubalan rancangan pertahanan negara.

Antara perkara yang dibincangkan tadi adalah berkaitan gerak kerja inter agensi yang lebih tersusun di samping merangka beberapa strategi untuk menangani isu-isu keselamatan negara terutamanya jenayah rentas sempadan.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik), Majlis Keselamatan Negara, JPM, CP Dato’ Hj. Baharuddin Hj. Ahmad, Panglima ketiga-tiga cabang Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, CP Datuk Ts. Ahmad Ramdzan Daud, Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, DCP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat, wakil-wakil daripada Kementerian, Jabatan serta Agensi Persekutuan.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini

May be an image of 5 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 5 people, dais and the Oval Office

May be an image of 8 people, clarinet and text

May be an image of 5 people, the Oval Office and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 5 people and text

ArtikelDiterbitkan 15 Jul 2024 12.06 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM