Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Bersama Kepimpinan Tertinggi Pdrm Semarakkan Istiadat Mengarak Panji Panji Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong

Published: 05 Jun 2026 7.02 AM Updated: 21 Sep 2026 4.35 PM
Putrajaya, 5 Jun 2026 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama barisan kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir menyemarakkan Istiadat Mengarak Panji-Panji sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tahun 2026 bertempat di Dataran Pahlawan, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-bersama-kepimpinan-tertinggi-pdrm-semarakkan-istiadat-mengarak-panji-panji-seri-paduka-baginda-yang-di-pertuan-agong
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:10 MYT
Putrajaya, 5 Jun 2026 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama barisan kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir menyemarakkan Istiadat Mengarak Panji-Panji sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tahun 2026 bertempat di Dataran Pahlawan, di sini, pagi tadi.

Turut berkenan bercemar duli ialah Tunku Temenggong Johor, Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman Ibni Sultan Ibrahim.

Keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 8.45 pagi disambut oleh Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim diiringi Timbalan PM merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Hj. Fadillah Hj. Yusof serta Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hj. Mohamed Khaled Nordin.

Tertib majlis dimulai dengan alunan lagu Negaraku dan disusuli dengan 21 das tembakan kehormatan oleh 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja diketuai oleh Mejar Hafizan Mat Ghani menyambut keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan.

Dalam majlis tadi, tetamu jemputan diberi penghormatan menyaksikan Panji-Panji Diraja yang pernah dianugerahkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada Rejimen dan Kor dari ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu perkhidmatan Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia serta Tentera Udara Diraja Malaysia dibawa masuk ke dataran.

Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong yang diarak adalah Panji-Panji Rejimen Askar Melayu Diraja, Rejimen Renjer Diraja, Kor Armor Diraja, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Turut dipersembahkan tadi adalah acara perbarisan yang terdiri daripada 25 pegawai dan 510 anggota ATM yang diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion kelima, Rejimen Askar Melayu Diraja, Leftenan Kolonel Azlan Shah Baharom.

Istiadat tersebut diadakan sebanyak tiga kali dalam tempoh lima tahun pemerintahan bagi setiap Raja Melayu yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong, iaitu bagi tahun pertama, tahun ketiga dan tahun terakhir pemerintahan.

Ia merupakan acara penutup daripada lima pengisian yang berlangsung bermula 21 Mei hingga hari ini sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong yang diraikan pada 1 Jun lalu.

Hadir sama, Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Hj. Malek Razak Sulaiman, para Jemaah Menteri, para perwakilan asing, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Mohamad Noor Yusof Ali dan para pegawai kanan PDRM serta rakan-rakan media.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar dan Lans Koperal Muhammad Azri Mohd Sabri

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of dais and text

May be an image of text that says 'GAHAYU ANKU'

May be an image of text

May be an image of text


ArticlePublished 05 Jun 2026 7.02 AMUpdated 21 Sep 2026 4.35 PM