Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Bersama Barisan Kepimpinan Pdrm Sertai Mappa Xx Di Putrajaya

Diterbitkan: 15 Aug 2025 1.04 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) petang tadi menyertai Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-20 (MAPPA XX) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-bersama-barisan-kepimpinan-pdrm-sertai-mappa-xx-di-putrajaya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 19:10 MYT
Putrajaya, 15 Ogos 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) petang tadi menyertai Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-20 (MAPPA XX) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini.

Dalam program tersebut, Dato' Sri Hj. Mohd Khalid bersama para penjawat awam telah menyaksikan amanat yang disampaikan oleh Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim yang menekankan hala tuju kecemerlangan perkhidmatan awam selari dengan nilai MADANI serta keutamaan penyampaian perkhidmatan rakyat.

Dalam majlis sama, turut berlangsung Pelancaran Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam yang akan dijadikan panduan semua ketua jabatan dan agensi dalam membangunkan bakat organisasi masing-masing.

Seiring penganjuran, sebanyak 43 reruai melibatkan pelbagai kementerian, agensi dan jabatan kerajaan turut dibuka kepada orang ramai.

Turut menjadi tumpuan ialah reruai Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik yang menawarkan pengurangan saman terpilih sebanyak 30 peratus.

Hadir sama, Timbalan PM I merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan PM II merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato' Sri Hj. Fadhilah Hj. Yusof, barisan menteri dan timbalan menteri kabinet, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz dan Timbalan KPN, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 3 people, crowd, dais and text

May be an image of 4 people, crowd and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 3 people, crowd and text

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 1 person and text

May be an image of 4 people, dais and text

ArtikelDiterbitkan 15 Aug 2025 1.04 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM