
Artikel
Kpn Beri Penghormatan Ke Atas Kemangkatan Ratu Elizabeth Ii Di Kedutaan Besar Britain
Kuala Lumpur, 12 September 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hadir ke Kedutaan Besar British High Commission Kuala Lumpu...
Kuala Lumpur, 12 September 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hadir ke Kedutaan Besar British High Commission Kuala Lumpur bagi memberi penghormatan terakhir ke atas kemangkatan Ratu Elizabeth II, di sini hari ini.
Ratu Elizabeth II yang mangkat pada 9 September lalu di Istana Balmoral, Scotland, United Kingdom memerintah selama 70 tahun merupakan monarki Britain paling lama bertakhta dalam sejarah negara tersebut.
Hadir sama, Timbalan KPN, DIG Tan Sri Razarudin Husain, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin dan Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, ACP Skandaguru Anandan.
Jurugambar: Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Ibidin







