Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Berbuka Puasa Bersama Warga Sang Saka Biru Di Bukit Aman

Published: 21 Feb 2026 4.21 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Majlis anjuran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dengan kerjasama Masjid Bukit Aman itu menghimpunkan pegawai polis dan pegawai awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta ahli PERKEP, sekali gus menjadi medan memperkukuh ukhuwah antara kepimpinan dan warga Pasukan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-berbuka-puasa-bersama-warga-sang-saka-biru-di-bukit-aman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:29 MYT
Kuala Lumpur, 22 Februari 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hadir menyerikan suasana iftar bersama warga Sang Saka Biru yang berlangsung penuh kesederhanaan dan keakraban di Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman, di sini, malam tadi.

Ketibaan beliau pada jam 6.45 petang bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose serta ahli keluarga disambut barisan kepimpinan tertinggi Pasukan termasuk Timbalan KPN, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Majlis anjuran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dengan kerjasama Masjid Bukit Aman itu menghimpunkan pegawai polis dan pegawai awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta ahli PERKEP, sekali gus menjadi medan memperkukuh ukhuwah antara kepimpinan dan warga Pasukan.

Sejurus azan Maghrib berkumandang pada jam 7.29 malam, hadirin berbuka puasa bersama sebelum menunaikan solat Maghrib dan Isyak serta solat sunat Tarawih secara berjemaah.

Penganjuran majlis ini bukan sekadar memenuhi tuntutan ibadah, malah mencerminkan komitmen kepimpinan tertinggi PDRM dalam menyantuni warga Pasukan serta memperkukuh nilai kebersamaan dan integriti sebagai tunjang organisasi.

Majlis diakhiri dengan moreh sebelum para hadirin bersurai dalam suasana penuh keberkatan.

Hadir sama, Pengarah JIPS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Hamzah Hj. Ahmad, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM bersama isteri serta Setiausaha Polis Malaysia, DCP Abdul Rahman Kassim.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Nurkhairunisa Ibrahim.

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of one or more people, dais and text that says 'I'

May be an image of headscarf and text

May be an image of one or more people and headscarf

May be an image of one or more people

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of one or more people, dais and text that says '포 新 PORM RM'

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of one or more people, headscarf and text

May be an image of dais and text

May be an image of table and text

May be an image of table and text

May be an image of one or more people, headscarf and text

May be an image of headscarf

May be an image of dais, crowd and text


ArticlePublished 21 Feb 2026 4.21 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM