Artikel
Kpn Adakan Ziarah Kebajikan Ke Atas Pesara Polis Di Hctm
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengadakan ziarah kebajikan ke atas pesara polis, SAC Dato' Azman Salim yang sedang menerima rawatan di H...
Kuala Lumpur, 25 Mac 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengadakan ziarah kebajikan ke atas pesara polis, SAC Dato' Azman Salim yang sedang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras, di sini, petang tadi.
Walaupun padat dengan jadual tugas rasmi sejak awal pagi tadi, kelapangan waktu yang diusahakan oleh Tan Sri Razarudin menunjukkan komitmen dan keprihatinan tinggi beliau terhadap aspek kebajikan warga Pasukan.
Dato' Azman yang ditemani isterinya, Datin Zuraidah Kassim, telah dimasukkan ke hospital pada 16 Mac lalu akibat kanser paru-paru dan jangkitan kuman di pankreas. Beliau pernah berkhidmat sebagai Komandan Pusat Latihan Polis Kuching sebelum menjalani persaraan wajib pada 4 Mac 2019.
Dalam kunjungan tersebut, Tan Sri Razarudin menzahirkan sokongan moral buat pasangan suami isteri itu agar terus tabah menghadapi ujian serta turut mendoakan kesembuhan kepada Dato' Azman.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang