Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Adakan Lawatan Mengejut Ke Ipd Serdang

Diterbitkan: 23 Jul 2025 9.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail telah mengadakan lawatan mengejut ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-adakan-lawatan-mengejut-ke-ipd-serdang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:36 MYT
Serdang, 23 Julai 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail telah mengadakan lawatan mengejut ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, di sini, pagi tadi.

Dalam lawatan tersebut, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid telah diberi taklimat ringkas oleh Ketua Polis Balai Bandar Kinrara, Inspektor Mohd Sukri Che Mat berkenaan penugasan kerja di balai tersebut.

Beliau seterusnya ke Bilik Gerakan IPD Serdang bagi meneliti perlaksanaan tatacara operasi standard dan turut menyampaikan amanat kepada anggota yang bertugas.

Seusai lawatan yang diadakan, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid turut meluangkan masa menziarahi Koperal Baharudin Robai yang bertugas di Pusat Kawalan Daerah, Bahagian Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM, IPD Serdang di kediamannya dekat kuaters polis yang menderita penyakit kencing manis.

Dalam kunjungan tersebut, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid telah menyampaikan sumbangan kebajikan kepada Koperal Baharudin dan menitip doa serta sokongan moral agar beliau diberi kekuatan dalam menjalani kehidupan seharian.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Mohd Zaini Abu Hassan, Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Muhamad Farid Ahmad, Ketua-Ketua Bahagian dan para pegawai kanan IPD Serdang.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

May be an image of 2 people and text

May be an image of 5 people and text that says 'M M P # w # 能 H n'

May be an image of 6 people, newsroom and text

May be an image of 4 people

May be an image of 3 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 11 people and text


ArtikelDiterbitkan 23 Jul 2025 9.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM