Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Adakan Lawatan Kerja Ke Pos Pga Tanjung Kiraz

Diterbitkan: 26 Nov 2024 1.09 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Semporna, 26 November 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain meneruskan lawatan kerjanya pada hari keempat dengan melawat Pos Pasukan Gerakan Am (PGA), Batalion 14, Tanjung Kiraz di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-adakan-lawatan-kerja-ke-pos-pga-tanjung-kiraz
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 18:35 MYT
Semporna, 26 November 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain meneruskan lawatan kerjanya pada hari keempat dengan melawat Pos Pasukan Gerakan Am (PGA), Batalion 14, Tanjung Kiraz di sini, hari ini.

Tan Sri Razarudin bersama delegasi yang tiba sekitar jam 10.15 pagi tadi telah disambut oleh Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA, Superintenden Husaini Zainal Abidin.

Dalam rangka lawatan kerja itu, Tan Sri bersama delegasi telah diberi “walking briefing” oleh Superintenden Husaini sambil meninjau keadaan sekitar pos dan pengoperasian di pos kawalan tersebut.

Di samping itu, Tan Sri Razarudin turut ditaklimatkan mengenai penggunaan sistem solar hibrid yang wujud bagi menyalurkan sumber elektrik untuk penggunaan keperluan harian di pos kawalan tersebut.

Seusai itu, Tan Sri Razarudin turut berkesempatan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra bersama anggota pos yang bertugas.

Turut sama dalam lawatan tadi ialah Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), DCP Dato’ Mohamad Suzrin Mohd Rodhi, Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Khas) (KDNKA) Bukit Aman, SAC Anuar Rosdi, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sabah, SAC Datuk Azmi Abdul Rahim, Komander Briged Sabah PGA, SAC Datuk Abdul Rani Alias dan para pegawai kanan serta rakan media.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 3 people and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 2 people, parasail, jet ski, helicopter and text

May be an image of 2 people, boat and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 11 people, boat, submarine and text
ArtikelDiterbitkan 26 Nov 2024 1.09 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM