
Article
Kpn Adakan Lawatan Kerja Ke Pos Pga Tanjung Kiraz
Semporna, 26 November 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain meneruskan lawatan kerjanya pada hari keempat dengan melawat Pos Pasukan Ger...
Semporna, 26 November 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain meneruskan lawatan kerjanya pada hari keempat dengan melawat Pos Pasukan Gerakan Am (PGA), Batalion 14, Tanjung Kiraz di sini, hari ini.
Tan Sri Razarudin bersama delegasi yang tiba sekitar jam 10.15 pagi tadi telah disambut oleh Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA, Superintenden Husaini Zainal Abidin.
Tan Sri Razarudin bersama delegasi yang tiba sekitar jam 10.15 pagi tadi telah disambut oleh Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA, Superintenden Husaini Zainal Abidin.
Di samping itu, Tan Sri Razarudin turut ditaklimatkan mengenai penggunaan sistem solar hibrid yang wujud bagi menyalurkan sumber elektrik untuk penggunaan keperluan harian di pos kawalan tersebut.
Seusai itu, Tan Sri Razarudin turut berkesempatan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra bersama anggota pos yang bertugas.
Turut sama dalam lawatan tadi ialah Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), DCP Dato’ Mohamad Suzrin Mohd Rodhi, Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Khas) (KDNKA) Bukit Aman, SAC Anuar Rosdi, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sabah, SAC Datuk Azmi Abdul Rahim, Komander Briged Sabah PGA, SAC Datuk Abdul Rani Alias dan para pegawai kanan serta rakan media.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin









