Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Adakan Lawatan Kerja Ke Pos Pga Op Taring Wawasan Kedah Dan Perlis

Diterbitkan: 30 Mar 2024 5.45 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Padang Besar, 30 Mac 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengadakan lawatan kerja ke Pos Pasukan Gerakan Am (PGA) Op Taring Wawasan Kedah dan Perlis, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-adakan-lawatan-kerja-ke-pos-pga-op-taring-wawasan-kedah-dan-perlis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 18:05 MYT
Padang Besar, 30 Mac 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengadakan lawatan kerja ke Pos Pasukan Gerakan Am (PGA) Op Taring Wawasan Kedah dan Perlis, petang tadi.

Kehadiran beliau di sana telah diiringi Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Md Din.

Tentatif program dimulakan dengan lawatan ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar bagi meninjau Bilik Kawalan Border Surveillance System (BSS) serta melihat sendiri fungsi sistem pengoperasian CCTV BSS dalam menjaga keselamatan sempadan negara.

Mereka turut tidak ketinggalan melawat Pos BKC 7 PGA bagi meninjau kesiapsiagaan anggota dalam kawalan keselamatan di sempadan negara, di samping menyampaikan sumbangan Bakul Rahmah kepada 24 petugas PGA.

Seusai itu, Tan Sri Razarudin berkesempatan menyantuni petugas Sekatan Jalan Raya (SJR) Chuping dan menyerahkan sumbangan Bakul Rahmah kepada para petugas SJR yang terdiri daripada sembilan petugas PGA serta dua petugas Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Lawatan diteruskan ke Pos Batu Putih PGA, Kuala Perlis dan Tan Sri Razarudin telah diberikan taklimat ringkas pengoperasian yang disampaikan oleh Timbalan Komander Briged Utara PGA, ACP Mohd Noh Khamis.

Menerusi lawatan tersebut, Tan Sri Razarudin juga berkesempatan menyampaikan Bakul Rahmah kepada para petugas Pos Hadapan Batu Putih yang terdiri daripada warga PGA dan RELA.

Hadir sama, Ketua Polis (KP) Kedah, CP Dato' Fisol Salleh, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (PGA), DCP Dato' Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi, KP Perlis, DCP Dato' Muhammad Abdul Halim, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad dan barisan komander briged.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Koperal Shazril Abd Rashid.

May be an image of 8 people and text

May be an image of 6 people, speaker, television and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 3 people and text that says 'Kintana ET128 DONGFENG HAK KERAJAAN POLIS JVC 8080'

May be an image of 4 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 7 people

May be an image of 4 people and text that says 'POLIS'

May be an image of 5 people

May be an image of 7 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 7 people and text that says 'PDR'

May be an image of 3 people and text

May be an image of 3 people and text
ArtikelDiterbitkan 30 Mar 2024 5.45 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM