Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Adakan Lawatan Kerja Ke Kontinjen Sabah 20250802

Published: 02 Aug 2025 2.27 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kota Kinabalu, 2 Ogos 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Kontinjen Sabah dengan mengunjungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-adakan-lawatan-kerja-ke-kontinjen-sabah-20250802
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:47 MYT
Kota Kinabalu, 2 Ogos 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Kontinjen Sabah dengan mengunjungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, di sini, pagi tadi.

Dalam lawatan kerja yang diadakan, Dato' Sri Hj. Mohd Khalid telah menyampaikan amanat kepada warga kerja Kontinjen Sabah dalam satu perhimpunan ringkas yang berlangsung di Auditorium IPK Sabah.

Berucap dalam perhimpunan tersebut, Dato' Sri Hj. Mohd Khalid menzahirkan penghargaan atas khidmat bakti warga Polis Kontinjen Sabah dalam memberikan perkhimatan yang terbaik kepada masyarakat setempat. Beliau juga menekankan supaya mereka sentiasa memberi komitmen berterusan kepada Pasukan dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam di negeri ini.

“Sokongan dan kejituan semangat ‘esprit de corps’ yang ditonjolkan, bukan untuk kepentingan diri saya, sebaliknya untuk keberhasilan Pasukan secara inklusif,” ujarnya.
Seusai perhimpunan di IPK Sabah, beliau meneruskan rangka kerjanya ke IPD Penampang, di mana ketibaan beliau dan delegasi telah disambut oleh Ketua Polis Daerah (KPD) Penampang, Superintenden Sammy Newton.

Dato' Sri Hj. Khalid telah menerima taklimat berkaitan situasi keselamatan, penugasan serta cabaran semasa di daerah Penampang yang disampaikan sendiri oleh KPD.
Beliau turut mengambil kesempatan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra bersama pegawai dan anggota IPD Penampang.

Turut hadir dalam lawatan yang diadakan ialah Pesuruhjaya Polis Sabah (PJP), CP Datuk Jauteh Dikun, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Kamaruzaman Abdullah, Ketua Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Sabah merangkap Pemangku PJP Sabah, SAC Datuk Azhar Hamin, Ketua Cawangan Khas Kontinjen Sabah, SAC Datuk Abdul Rahman Ishak, Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Sabah, SAC Ahsmon Bajah dan Komander Briged Sabah Pasukan Gerakan Am, SAC Datuk Abdul Rani Alias.

Jurugambar: Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 12 people, ambulance and text

May be an image of ‎1 person, dais and ‎text that says '‎YD WHALID N K PDR م lه MA OM M‎'‎‎

May be an image of 3 people and text
May be an image of 8 people and text
ArticlePublished 02 Aug 2025 2.27 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM