Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Adakan Lawatan Kerja Ke Balai Polis Karakit

Diterbitkan: 12 May 2026 1.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kudat, 8 Mei 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini mengadakan lawatan kerja ke Balai Polis Karakit, Sabah, di sini. Lawatan tersebut bertujuan meninjau keadaan fasiliti serta persekitaran kerja warga Polis Diraja Malaysia di peringkat balai, selain mendapatkan maklum balas berkaitan keperluan semasa dan aspek kebajikan pegawai serta anggota bertugas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-adakan-lawatan-kerja-ke-balai-polis-karakit
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:50 MYT
 
Kudat, 8 Mei 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini mengadakan lawatan kerja ke Balai Polis Karakit, Sabah, di sini.
Lawatan tersebut bertujuan meninjau keadaan fasiliti serta persekitaran kerja warga Polis Diraja Malaysia di peringkat balai, selain mendapatkan maklum balas berkaitan keperluan semasa dan aspek kebajikan pegawai serta anggota bertugas.

Dalam lawatan berkenaan, beliau turut diberikan taklimat ringkas oleh Ketua Polis Daerah Kudat, Superintenden Mohd Haris Hj. Ibrahim mengenai penugasan harian di balai tersebut, termasuk isu keselamatan di kawasan sempadan di bawah tanggungjawab balai tersebut.

Beliau turut mengambil kesempatan beramah mesra bersama pegawai dan anggota bertugas sebagai tanda sokongan serta penghargaan terhadap komitmen mereka dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun, JP, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Aman, DCP Dato’ Mohamad Suzrin Mohd Rodhi, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Abdul Rahman Kassim, Komander Briged Sabah PGA, SAC Datuk Nor Omar Sappi, Komander Pasukan Polis Marin W4 Sabah, ACP Ahmad Amri Abd Rahman dan Ketua Polis Balai Karakit, ASP Mohd Yassin Sagap.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of text that says 'BALAI POLIS KARAKIT PULAU BANGGI KUDAT 011 5946 6558 011 -6317 7663 国 BALALPOLIS BALA d아 勁 マ'

May be an image of text

May be an image of one or more people and text

No photo description available.

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and text
ArtikelDiterbitkan 12 May 2026 1.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM